15 Fakta Mengenai Negeri Johor Dan Rakyatnya

Assalammualaikum and Annyeonghaseyo

550299_467625779975931_984390756_n_large

Siapa anak jati johor, sila angkat tangan?! *bersemangat tapi tak ade yg angkat* Okay syara anak jati johor. kiranya syara ni Johor mari :P Okay hari ni syara nak share sikit fakta-fakta menarik mengenai orang johor yg mungkin korang tak tahu. Jom tengok :-

  1. Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiyai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.
  2. Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal daripada Johor.
  3. penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang merupakan orang Johor.
  4. Orang johor ada dialek tersendiri. Kalau selimut dipanggil gebor. Kalau almari dipanggil gerobok atau gobok.Kalau makanan ringan dipanggil jajan.
  5. Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'eekk' di belakang ayat.
  6. Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya : "Orang nak pergi makan." walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.
  7. Orang Muar pulak ada cara speaking yang tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.
  8. Huruf 'R' seperti silent untuk orang johor jika huruf R dibelakang kerana orang johor takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO. Bukan MUAR tapi MUO. 
  9. Orang johor jugak akan menukarkan perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O' contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak .
  10. Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bukan KITA tapi KITE. Perkataan yang ditambah huruf 'E' dan dibuang huruf 'A' juga terkenal dengan panggilan 'bahasa pasar'.
  11. Johor Johor sebut menguap tu sebagai sangap
  12. Orang Johor sebut berdating tu sebagai berendut.
  13. Bila orang muar kata nak pergi Johor, maknanya dia nak pergi Johor Bahru a.k.a JB.
  14. Negeri Johor ialah negeri terakhir yang mendapat Residen.
  15. telur pindang adalah makanan orang Johor ^^

Haha. amacam? korang ada entry yang ceritakan kelebihan n keistimewaan negeri korang? kalau ada, apa kata korang share dengan syara? nak kenal jugak pasal negeri korang. Do comment :)

Thanks :)

2 comments:

Zinnia Z A said...

hhaaha, nice entry :) betul sgt la tu :)

Syaaa said...

@Zinnia Z A haha. thanks :)