Mash Anak Mallow

Assalammualaikum And Hye

I_wanna_play__by_artbyadina-d5meyma_large

Apa kahbaq semua? harap semua sihat-sihat belaka. okay hari ni syara nak share gambar mashmallow disaluti coklat masak nona *sempat mempromote* okay. syara masak beria tapi nak makan tu tak banyak sebab manis sangat. okay tanpa membuang masa 

MEMPERSEMBAHKAN






kay sampai di sini sahaja rancangan syara pada hari ini :D
Haha . Mantol seketika beb :D
Sekian :D

Short Entry

Assalammualaikum And Hye

Tumblr_mc1j9c465o1r52kkxo1_500_large

Sudah lama tak mengupdate belog syara ni. apa khabar semua? harap2 sehat-sehat belaka disamping orang orang-orang tersayang kay. Syara tengah ready untuk exam sekolah agama. doakan syara dapat pangkat satu n jawab dengan sebaiknya. okay syara akan pergi melancong. if rajin, syara masukkan gambar kay. for e-novel, syara akan buat cepat2 sebab otak tengah pening nk fikir. kay jumpa di entry lain sekian :D

Contest: Top Best Photo 2012

Assalammualaikum And Hye
Assalammualaikum And Hye
Giveaway lagi. Kenapa mahu join? sebab nampak macam best je kan :) main join sini reramai kay. meriahkan lagi contest nie . nak tengok gmbar syara? ala malulah *tutup muka* tapi kalau korang nak tahu sangat apalah salahkan. Kejap syara carik kat file mana yg ade gambar comel-comel * muntah hijau* haha. ade lah beberapa gambar yg syara AMIK SENDIRI   pakai camera syara yg dicintai :) Canon EOS 1100D. orang rasa macam dh ketinggalan tapi syara sayang baby syara. kay banyak dh berbual, kay jom tgk gmbar syara >>>>
First, gambar ni diambil di Puteri Harbour. Orang Johor mesti tahu tempat nie. dkt2 dengan Legoland :) model syara tu :) adek yg amik gmbar but still gambar syara :) Okay gambar kedua >>
Masa ni dekat Bukit Mutiara. Rumah syara yg lama :( kay rindu sesangat rumah tu. masa nie, kite orang pergi sebab rumah tak ade elektrik. kay next photo >>
Budak comel ni budak adek syara. Adek sapalah nie syara pinjam. Nama dia Ahmad Ihyas Faheem. Betul kot ejaannya. amek masa pulang buku teks. masa tu buat jamuan so, Faheem dtg, so bergambar lh buat kenangan terindah kononnya.

And lastly... My baby tompok-tompok !! Tomois :) kay budak kaki empat ni memang comel. Dia pandai pose dpn camera. Semua pose dia yg buat. Pantang orang keluarkan camera. So hope menang. Dh tekan iklan tu :) dh follow tuan blog n sponsor :) like pun sudah :) hope menang kay ;) Sekian

Exam Coming!!

Assalammualaikum And Hye
601642_459964877381076_1870506850_n_large

Muzicons.com
Exam nak dekat.. doakan syara berjaya kay. 1 Disember pergi kuala lumpur :) Yeay!! dh lama tak berjalan. Kay tak sabar :) Tapi sebelum tu exam lagi penting...sorry lagu tak ade kene mengena :) nk test je.

 Kepada adik-adik amek keputusan UPSR esokkan? good luck. and kepada abang n akak yg comel n handsome, SPM belum habis kan? kay goodluck. Syara doakan berjaya kay. jangan lupa doakan untuk rakyat Palestin kat sana. Saudara seislam kita dekat sana. Kita tak mampu tolong ape2 kecuali berdoa untuk keselamatan mereka di sana. Sesungguh Allah Maha Pelindung.

 Doakan Syara dpt pangkat satu kay. nanti syara belanja seorang satu lolipop haha :) okey sekian :) sekarang tengah buat bloglist untuk GA syara. nak join? joinlah. Tak paksa pun. okay. thanks sebab baca entri syara yang merapu ni kay ;) Sekian :)

Giveaway : Harapan Saya...

Assalammualaikum And Hye
Alhamdulillah syukur. follower syara dh mencapai matlamat iaitu 100 follower. thanks again. kay sempena meraih blogger syara yg dpt 100 follower , syara nak buat first giveaway. kay please join. hadiah tak ada tapi syara akan masukan dalam bloglist syara bagi sesiapa yang join. syarat-syaratnya tak banyak.
Syarat-syarat penyertaan

1. Letak tajuk entri 'Giveaway : Harapan Saya..'
2. Follow Twitter klik SINI n blogger nk tahu perkembangan :)
3. Tepekkan gambar yg kat atas ni elok2 :) amik gmbar kat SINI
4. Tuliskan harapan korang. Pepanjang ke pendek ke pun tak apa.
5. letak korang punya URL kat comment nie :)
Sebagai menghargai korang yg menyokong, syara akan follow korang. ni cuma nak tambah kenalan korang yang sedia ada. mana tau boleh tambah follower kay. sekian :)

Happy Birthday

Assalammualaikum And Hye

Tumblr_md2rx27b711r07610o1_500_large


11.11.2012, okay birthday ibu syara yg tersayang. okay syara pun ada sedara yang birthday dia kongsi dengan syara :) untunglahkan. okey kasik tgk muka mereka yg comel-comel panda ni :D



Before that, kak iqa sorry tak kasik tahu curi gambar. comel sgt. kakak nk tunjuk gambar yg kakak ade sedara yang comel and cun melecun mcm kak iqa. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat. semoga bahagia hingga ke anak cucu cicit oneng-oneng :D hope long lasting till jannah :) hadiah tak ada kasi kiss je mampu :*
love you



My beloved mom, ibu. semoga panjang umur sehat selalu. sentiasa berdoa akan menjadi yg kaya dan semakin kaya. haha. semoga awet muda sekali. biarkan diaorang panggil kita adik beradek.haha. kakaklah katakan.semoga sentiasa disamping orang yang tersayang.


okey smpai sini. follower syara 94. i really need 6 more follower. bolehlah buat GA/giveaway. laku ke kalau syara nak buat? tak ade orang nak join punya. tapi hadiah mesti lumayan. bagilah syara 6 lagi follower boleh buat GA kan :)

SEKIAN :)

10. 11 .2012

Assalammualaikum And Hye

dreams | Tumblr

Ha? Tarikh terbaik. Please jgn cakap yg syara curi TITLE  post pulak :P 
okey syara sebenarnya pergi jamuan (10.11.12) so nak ingat tarikh jamuan, sebab tu tulis tajuk entri itu.


okey. sorotan jamuan kelas 2 c1. gonna miss all of you :) 
mereka sweet, mereka macho, mereka comel, mereka kawan sekelas yg memang memahami syara. mereka memang mereka baik gila :D 

Thanks sudi menjadi kawan sekelas yang sempoi. gila- gila :)
Ni untuk budak kelas :)


TAKKAN TERPISAH ! 4 sekawan gila2 rambut tak sama tapi 1 kepala, tak sedarah tapi bersaudara sumpah untuk bersama-sama. TAKKAN TERPISAH ! biar tsunami melanda dunia pusing dunia berjanji setia susah senang kami menang. TAKKAN TERPISAH ! ibarat KL ngan trafik jem macam burung biru ngan muka buku tetap rapat.. kami hebat macam budak hipster dgn jeans takkan koyak ! takkan goyah ! TAKKAN TERPISAH ! k
ami buddyz bersama selamanya kami riuh kami gempak ngam2 mcm segi 4 tepat suara berbeza plihan sama fahami jiwa tanpa suara kami sembang, gaduh, sms, kutuk, lepak, sbb kami muda sekali je bersama mencipta menggegar dunia kami bebas merantau, merata-rata, merayau-rayau mencari jati diri bersama selamanya. KAMI BUDDYZ ! KAMI TAKKAN TERPISAH !
mmg kawan syara bukan empat orang je tapi mmg sweetkan ^__^
okey sekian kay.

contest I choose to wear hijab!

Assalammualaikum...




Syara join Segmen lagi :) pufft!! tak ada idea nk tulis apa so, syara amek peluang join GA. okey syara adalah beberapa gmbar, since syara baru bertudung. start form 1. masa darjah 6 pkai tapi klu gi kedai x pkai   pun. just kalau pergi jejauh je. Harap suka :) tak comel pun. mcm cipan je muka :P


Ni, syara amik semalam ( 7.11.2012) kat rumah best friend Zuliyana. mcm nilah syara kalau gi sekolah. muka seposen dibuat. skema sket dh memadai. 


okey ni dh lama punya gmbar tak tahu zaman dinosaur ke zaman hang tuah. syarafana, seorang yg takkan pakai cermin matanya apabila keluar rumah bukan tujuan untuk ke sekolah. amboi ayat. haha :D


31 ogos 2012. my kakak sedara yg comel ni tunang. okey muka buruk. *tutup muka* haha.

Kenapa syara plih untuk menjadi seorang hijabi?

Sebab syara yakin dah tiba masanya untuk syara lebih mata and mengetahui apa perlu syara buat. syara bukan baik sangat. solat pun tinggal2.* doakan syara berubah* InsyaAllah.  umur 14 tahun, syara nak berubah tapi syara berubah perlahan2. step by step bak kata orang putih :D

okey smpai sini je. harap menang. sorry blog buruk. under construction :)
Sekian :)

Segmen Follower bawah 400 (sesiapa yang mempunyai follower bawah 400)

Assalammualaikum


Ini GA from abang Fendy. syara join. okey followers syara setakat ni 70 orang follower yg dkasihi n disayangi selalu :P 

okey GA ni khas untuk blogger yg follower kurang daripada 400 :) 
klik banner untuk join.

syara tag siapa yg dtg bertandang kat sini :)
sekian

Qiamullail

Assalammualaikum..

*tiup habuk kat blog* dh bersarang belog kesayangan nie, tapi syara dh ubah rupa n warna belog kesayangan nie okey :)

Syara sebenarnya baru je selesai mengerjakan qiamullail. okey nie first time syara pergi qiamuallail. sebenarnya syara malas nak pergi mula. tapi lepas cikgu cakap kelas kami wajib pergi qiam, so pergilah. 1 nov 2012, pelajar 2c1 membawa barang terlarang ke sekolah :) alasan " Qiam cikgu."

Pukul 5 semua balik rumah memasing siapkan diri, Syara ,Izatty, Fazlia,Hazwani and Nabila just bersiap dekat masjid sebab masjid dekat dengan sekolah :) so dekatlah. sepatutnya pergi balik sekolah pukul 6 petang, tapi macam lah korang tak tahu kalau perempuan dah masuk bilik air, satu jam takkan cukup untuk kaum2 hawa. dalam pukul 6. 35 petang barulah kami bergerak ke sekolah balik. kitaorang semua berkumpul kat kantin.

kat kantin, memasing pose handphone *handphone mahal* syara, sembunyi2 handphone sbb murah jek. seperti biasa syara mmg suka buka facebook. Lepastu buka fb cgu suruh kitaorang bagi senarai nama. Kalau   korang bawa fone pegi sekolah mestilah ada agenda dengan besties korang kan. Nak amik gambarlah, bluetooth lagu lah, bukak fblah, bukak twitter lah.*yg fb n twitter tu syara* tapi cikgu cakap,

"Handphone awak biar cikgu yang pegang, kalau saya tahu awak tak bagi saya, pastu totetotet, saya rampas dan takkan pulangkan smpai bila-bila"

Ayat seram nih. kantin dh bising. mengeluh memasing nak bagi handphone rosak segala rancangan. Syara ingat nak sorokkan daripada cikgu, tetiba cikgu cakap :

"Kalau awak sorokkan lepastu saya bongkar beg awak, kalau saya jumpa, saya rampas"

R.A.M.P.A.S. siapa sukakan dengar perkataan tu, so dengan berat hati, berat tangan kireorg bagilah handphone. lepas cgu amik handphone, cikgu suruh kitaorang makan and lepastu kitaorang pergilah Masjid Jamek Bandar Baru Uda. lepas kitaorang dh smpai, syara terus letak beg yg kembung mcm nak lari rumah kat bilik bawah :)

Lepastu, syara n kwn2 syara amik telekung n terus solat mahgrib.sejuk je dlm masjid tu, yelah ada aircond kan. lepas solat mahgrib, jemaah yg selalu solat kat situ buat solat sunat lepas solat mahgrib :) jemaah kat situ peramah sangat. Syara cium tangan jemaah kat situ . ada yg siap cium2 syara. Memang best. Mula2 rasa terpaksa akhirnya syara mengalah, syara ubah niat, pergi kerana Allah.

Lepas solat kitaorang buat bacaan Yassin. Lepas bacaan Yassin solat isyak dan buat solat hajat. Lepas solat hajat, kitaorang makan dengan jemaah masjid. tempat memang padat n mampat. memang tak nafikan tapi makcik2 kat situ tunjukkan kat kitaorang mana ada tmpat kosong. Syara memang suka makan reramai. makan kat dulang, share2. rasa kenyang, tolak nasi kat orang lain. memang biasa lah tu :)

Makan memang benda yg paling best. Next, Kitaorang kena pergi dengar ceramah. Imam Hambali tak silap namanya. Kelakar. kitaorang tak habis2 berdekak je. Dh habis ceramah , kiatorg ada minum malam pula. dh lepas mkn, makan lagik. Aduhai. Memang tahu2 je yg syara suka makan.

Lelaki tidur kat tingkat atas, n perempuan tidur kat bilik bawah n berkunci. Pukul 11 malam, pelajar perempuan masih tak tidur, masing-masing masih nak gossip2. dh pukul 3 pagi, masih ada yg tak tido. syara dh berpeluk dengan Izzati sbb menggigil. Syara menggigil satu badan. naik pucat muka. Pukul 4, cikgu kejut, bila cikgu kejut. masing2 nak tidur. syara masa masuk tandas. hmm tak boleh nk gmbarkan. air kecik mmg dugaan pepagi. lepas amik wudhuk terus solat tahyatul masjid n niat iktikaf. lepas bacaan yassin cikgu suruh kitaorang buat solat sunat sendiri-sendiri.

nak dekat subuh tu, baru buat solat sunat berjemaah. ni pasal solat subuh pulak, surah yang Imam tu baca agak panjang. Syara dh tergoyang2 mcm orang x ade tulang. lepas solat subuh kitaorang tukar baju, kemas2 beg, lepas kemas beg ada cermah daripada Imam hambali lagi. Cara dia bercakap mungkin berbeza dengan masa kali petama syara jumpa dia.

Makan time!! lepas makan semua boleh balik n amik handphone kesayangan :) ha lega rasa hati ni. Qiam is the best. ini mungkin kali pertama n kali terakhir syara dpt pergi qiam. but this is the best things yg syara lalui sekarang. sekarang susah nak cari tempat yg mungkin kita rasa macam satu family yang saling memerlukan :)

okey sekian thanks sudi baca :)