Assalammualaikum And Hye
Korang nak tak kita main menyiasat-menyiasat? kita siasat pasal Jack The Ripper. Lebih 100 tahun, tak ada siapa pun tahu siapa itu Jack The Ripper. Nak main? dalam game ni gunakan naluri korang.
JACK THE RIPPER merupakan pembunuh bersiri plus misteri yang masih belum terungkai sampai sekarang. Nama sebenarnya masih kabur. Aktiviti pembunuhan yang sadis ini dilakukan di Whitechapel,London,England pada abad ke 19. modus operandinya dengan disembelih,dilapah ,dibelah tubuhnya dan organ dalaman dikeluarkan.
Kerja yang dilakukan oleh Jack The Ripper tersangatlah rapi seperti seorang yang berkelulusan kedoktoran. Tetapi, pembunuhan versi Jack The Ripper ini hanyalah terjadi selama 3 bukan sahaja dan selepas itu dia menghilangkan diri. tapi walaupun sekejap banyak yang sudah menjadi mangsanya. Jack The Ripper banyak melakukan pembunuhannya terhadap perempuan pelacur. Jack The Ripper juga digelar sebagai (Pembunuh Whitechapel). Pembunuhannya dilakukan pada waktu malam. Ramai yang pelik kenapa Jack The Ripper berhenti selepas membunuh 5 orang pelacur?
Antara mangsa Jack The Ripper ialah :
Mary Ann Nichols,43 (31 Ogos)
Anne Chapman ,47 ( 8 September)
Lizzy Stride,44 ( 30 September)
Catherine Eddowes,46 ( 30 September)
Mary Jane Kelly,25 ( 9 November)
Kisah Bermula
Pada 6 Ogos 1888 apabila mayat seorang pelacur iaitu Martha Tabram,(pembunuhan tidak diiktiraf) 39 tahun ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di George Yard. Hasil bedah siasat mendapati mayat wanita tersebut ditikam sebanyak 39 kali pada leher dan kemaluan selain lehernya turut dikelar dan perutnya dibelah menggunakan senjata tajam.
31 Ogos 1888- mayat seorang pelacur iaitu Mary Ann Nochols, 42 tahun ditemui mati dalam kawasan gelap di Whitechapel, East End sekitar 4.00 pagi. Mereka mendapati leher wanita tersebut dikelar dari telinga kiri ke telinga kanan. Matanya yang terbeliak seolah-olah menggambarkan beliau mati dalam keadaan keseksaan. pemeriksaan lanjut mendapati bukan sahaja lehernya dikelar malah perutnya juga dibelah, malah terdapat
kesan calar pada rahang sebelah kiri dan luka pada bahagian lain. Senjata yang digunakan adalah pisau panjang dan bergerigi.
Penduduk di Whitechapel sekali lagi gempar apabila mayat seorang pelacur iaitu Annie Charman dijumpai selepas lapan hari kematian Mary. Sebahagian kulit perut dilapah, rusuknya dibelah dan isi perut serta organ dikeluarkan dan diletakkan di bahu mangsa. Sebahagian kemaluannya juga turut di potong manakala lehernya dicekik sebelum dikelar.
30 September 1888 berlaku dua pembunuhan melibatkan Elizabeth Stride, 45 tahun ditemui mati 1.00 pagi di Dutfield. Lehernya dikelar, beberapa jam kemudian gempar penemuan mayat kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi yang sama, satu lagi mayat Catherine Eddowes, 46 tahun di temui dalam keadaan yang mengerikan, kainnya terselak sampai ke pinggang, lehernya dikelar, tubuhnya dibelah dari dada ke kelangkang manakala isu perutnya terburai keluar. Bedah siasat mendapati buah pinggang mangsa dikeluarkan dengan cermat manakala rahimnya dipotong dan dikeluarkan. Kelopak mata mangsa juga dihiris manakala telinga dan hidungnya hampir putus.
Mangsa terakhir Jack The ripper Mary Kelly, 25 tahun di temui mati pada 9 November 1888 di bilik sewa di jalan Dorset. Mangsa ditemui dalam keadaan bogel, buah dadanya dipotong, lengan luka parah, isi perutnya terburai, kulit perut dan pahanya dilapah dan diletakkan di atas meja. Buah pinggang serta ususnya, dan satu daripada buah dada ditemui berhampiran kaki kanan mangsa tetapi jantungnya hilang. Wajah mangsa juga cedera teruk apabila terkoyak ke semua arah, dagu, hidung, kening dan telinganya di potong manakala bibirnya dihiris sehingga ke dagu.
Selepas daripada melakukan pembunuhan tersebut, Jack The Ripper telah mengirimkan beberapa surat kepada Central News dan cara ia melakukan pembunuhan. Di dalam surat itu, Dia menamakan dirinya sebagai ' Jack The Ripper'. pihak polis masih tidak dapat menjejaki Jack The Ripper.
Antara suspek-suspek 'Jack The Ripper' yang popular :
Montague John Druitt, seorang peguam. Beliau dikaitkan hanya kerana membunuh diri dengan melemaskan diri di Sungai Thames yang kebetulan bertepatan dengan tarikh pembunuhan terakhir ‘Jack the Ripper’.
Seweryn KÅ‚osowski aka George Chapman. Beliau adalah pembunuh bersiri berbangsa Poland yang kemudian berhijrah ke kota London. Hanya dikaitkan apabila membunuh tiga isterinya dengan memaksa meminum racun. Ramai meragui tindakan Frederick Abberline yang menangkap Chapman dan mendakwa beliau adalah ‘Jack the Ripper’ kerana modus operandi Chapman sangat berbeza dengan modus operandi ‘Jack the Ripper’. Beliau digantung pada 1903.
Aaron Kosminski, Beliau disyaki sebagai ‘Jack the Ripper’ hanya kerana beliau adalah seorang Yahudi daripada Scotland. Ketikamana sentimen antisemitik bergitu menular waktu itu, tiada siapa yang berani mempertahankan Aaron Kosminski. Beliau meninggal dunia di Colney Hatch Lunatic Asylum-tempat di mana beliau ditahan dan ‘dipenjarakan’.
Dr Thomas Neill Cream, seorang doktor berbangsa Scotland yang bertanggungjawab membunuh empat pelacur di London dengan memaksa meminum racun. Beliau didakwa sebagai ‘Jack the Ripper’ namun ia ternyata agak tidak bertepatan kerana ketika aktiviti pembunuhan Jack the Ripper tengah berleluasa, Dr. Thomas Neill Cream masih berada di penjara. Beliau dihukum gantung sekitar tahun 1892.
Sir William Withey Gull, seorang ahli fizik diraja Britain. Beliau dikaitkan dengan pembunuhan misteri ‘Jack the Ripper’ menerusi teori yang dikemukan dalam novel, Jack the Ripper: The Final Solution.Beliau dikaitkan dengan bergitu rapat dengan pembunuh ‘Jack the Ripper’ kerana beliau adalah anggota pertubuhan Freemason yang didakwa mendalangi pembunuhan tersebut. Profesion beliau sebagai doktor juga didakwa menjadi faktor kemungkinan beliau adalah ‘Jack the Ripper’ kerana mayat-mayat pelacur yang dibunuh kesemuanya dibedah dengan agak ‘teliti’.
Terbaru, seorang pakar tulis tangan, Jose Luis Abad, 84 telah mendakwa individu yang digelar Jack the Ripper adalah seorang ketua polis London Metropolitan Police, Frederick Abberline. Ironinya, Frederick Abberline juga adalah ketua penyiasat kes Jack the Ripper sekitar tahun 1888.
Jose Luis Abad menyakini bahawa Frederick Abberline adalah Jack the Ripper yang mana telah membunuh lima pelacur di sekitar Whitechapel susulan penemuan tulisan tangan Frederick Abberline yang sangat menepati dengan tulisan tangan ‘Jack the Ripper’ dalam diarinya. Diari Jack the Ripper ditemui pada 1992 di Liverpool.
Ketika mula ditemui pada 1992, tulisan tangan pada diari tersebut telah dikaitkan dengan seorang daripada puluhan suspek ‘Jack the Ripper’,James Maybrick. Ia selari dengan aktiviti dan gaya hidup yang diceritakan dalam diari tersebut dengan gaya hidup dan aktiviti seharian James Maybrick sebagai saudagar kain kapas daripada Liverpool.
Namun, kini, ia divariasikan dengan teori terbaru daripada Jose Luis Abad. Berkenaan diari tersebut, ramai pakar mendakwa bahawa diari tersebut palsu dan sengaja diadakan(hoax), tetapi Jose Luis Abad berpendirian sebaliknya. Malahan, Jose Luis Abad secara tegas mendakwa ia adalah tulisan tangan Frederick Abberline.
‘I have no doubt Abberline was the Ripper. Handwriting does not lie.’ Kata Jose Luis Abad dalam satu wawancara.
Jose Luis Abad telah menulis mengenai teorinya dengan lebih lanjut dalam novel terbarunya, Jack the Ripper: The Most Intelligent Murderer in History. Novel tersebut baru sahaja berada di pasaran minggu lepas.
Teori Jose Luis Abad yang boleh dikatakan terbaru ini tidak mengejutkan kerana sebelum ini, ada pakar mendakwa cucu Queen Victoria, Putera Albert Victor adalah Jack the Ripper.
Jack the Ripper telah membawa ketakutan di kalangan penduduk Whitechapel apabila tersebarnya pembunuhan kejam melibatkan lima pelacur. Bertambah menakutkan, dalam satu malam, Jack the Ripper telah membunuh dua orang pelacur iaitu Lizzy Stride dan Catherine Eddowes selang beberapa minit. Walaubagaimanapun, pembunuhan bersiri Jack the Ripper terhenti tiba-tiba pada 9 November 1888 dan misteri siapakah sebenarnya Jack the Ripper masih lagi menjadi tanda-tanya sehingga ke hari ini.
Okay dah dapat siapa Jack The Ripper sebenar? sebenarnya sumber semua cerita daripada google , but syara campurkan supaya jadi versi penuh. credit sini ♥♥♥ . Jack The Ripper pandai menyembunyikan identiti sampailah sekarang. Dia mahir walaupun dah beratus-ratus tahun , kisah Jack The Ripper termasuk dalam misteri yang masih belum terungkai.
Sekian :)
12 comments:
walaupun dia tak tertangkap.
mesti dia dah mati pun. hihi.
@NARDtheNERD haha. betul :)
cerita yang menarik :)
haah la. mesti dah mati kod.
menerima pembalasan yang setimpal >.<
@kekapas berceloteh thanks and betul SETIMPAL
suka pulak bce...dia mmg xske pelacur...ntahla, msih misteri..dh mti kot :D
@C.T.K Memanglah dah mati. tak ada rasa nak tahu ke?
Ada jugak isu yang mengatakan Jack the ripper seorang perempuan..huhu.dia seorang doktor yang tak dapat melahirkan anak.dia bengang sbb pelacur ni slalu gugurkan kandungan dorang..huhu ntah betul ka x..tak tahu la....
@As Lin ye ke? wah akhirnya ^^
suruh conan lah yang siasat . Habis cerita
@Purple Lashconan? boleh aje
wow..dasyat kalau jack ni wujud di sini confirm byk kes pembunuhan pelacur warga vietnam dan indonesia menghiasi berita..dan lelaki yg bernafsu binatang(pelanggan)mati kegersangan...hahaha
wa,,misterinya...siapalah org nye ek..misteri2..
Post a Comment