Segmen : Memori 2012 terpahat di ingatan

Assalammualaikum And Hye
2012 :) banyak kenangan yang tak dapat syara lupakan. Banyak sangat. Syara tak tahu nak mulakan daripada mana :) okay . Bismillah
2012



2012 merupakan kali pertama syara beraya di Batu Pahat , Johor. Sebelum ni Kota Tinggi, Johor. Pengalaman yang berbeza. Syara dapat jumpa sedara, pak cik dan mak cik yang otak luar biasa. Syara tak lah rapat sangat dengan diaorang tapi boleh lah :) Nah amik gambar setepek :)Comel je nenek syara :)
Pada tahun tu juga, atuk yang selalu manjakan syara nak adik-adik syara pergi. Sayangnya rasa. Rindu sangat dengan atuk syara. Dulu dia ada, ada aje lawak yang dia buat. Sekarang. Tak ada apa-apa. Atuk syara meninggal sebab penyakit stroke. Semoga atuk syara berada di dalam kalangan orang beriman.

Tahun 2012 juga tahun syara paling amik bawak gambar. Haha. sebab ibu syara belikan camera. Cuba belajar dengan camera tu. Teruja sangat bila dapat camera tu. Haha :)  buat kali pertama syara amik gambar dengan kawan syara *kesian* haha. gambar ni diambil masa hari sukan. Kenangan yang syara tak pernah lupa bila camera syara tak boleh bukak flash. tetiba kawan syara cakap yang camera syara penat sangat. haha. bagi orang lain tak kelakar, tapi bagi syara n kawan syara seorang lagi, kelakar sebab kami bertiga yang melaluinya.
Syara pernah sekal kena tinggal rumah zuliyana, rumah kawan syara. So, nak jadkan cerita family dia and syara makan malam. lauknya siput sedut masak lemak. Sedapkan? Siput yang mak zuliyana beli tu besar,besar. Susah gila nak sedut. Sampai satu tahap, syara sedut sampai tertelan terus isi siput tu. tergelak besar family zuliyana. Tapi itu yang merapatkan kami. Senang tak payah gigit.
Syara pergi i-city buat kali pertama. Biasalah orang johor nak ke KL nun jauh sana jarang sekali. So guna segala peluang yang ada. Sempat pergi i-city. Syara tak adalah nak masuk snowwalk tu mahal kot. Syara pergi dengan adik syara 2 orang. ibu dan ucu syara. Kitaorang posing lebih kat sana. memang cantik gila kat sana. tak pernah menyesal. 
Okay sampai sini je kot. Klau tak habis ink blog nak tulis. banyak sgt kenangan. Mungkin kenangan tak dapat di ceritakan tapi dapat diingat. pecayalah, kalau korang ingat kenangan yg lepas, korang akan ketawa sendiri :) Kenangan itu penting. Jangan pernah menyesal kalau lalui kenangan yg pahit. Sebab itu akan mematangkan diri kita. Okay. Sekian :)
Tag : 1 + 1 = 2

2 comments:

ecah said...

tq sudi join.. ^_^

jom check memori kawan-kawan kita dengan list peserta ni.. happy blogging olls!

http://pon2ecah.blogspot.com/2012/12/senarai-peserta-segmen-memori-2012.html

Nurliyana Zulkifli said...

Assalamaualaikum, dtg dari segmen yg sama
http://dairihatiyana.blogspot.com/2012/12/segmen-memori-2012-terpahat-di-ingatan.html