Qiamullail

Assalammualaikum..

*tiup habuk kat blog* dh bersarang belog kesayangan nie, tapi syara dh ubah rupa n warna belog kesayangan nie okey :)

Syara sebenarnya baru je selesai mengerjakan qiamullail. okey nie first time syara pergi qiamuallail. sebenarnya syara malas nak pergi mula. tapi lepas cikgu cakap kelas kami wajib pergi qiam, so pergilah. 1 nov 2012, pelajar 2c1 membawa barang terlarang ke sekolah :) alasan " Qiam cikgu."

Pukul 5 semua balik rumah memasing siapkan diri, Syara ,Izatty, Fazlia,Hazwani and Nabila just bersiap dekat masjid sebab masjid dekat dengan sekolah :) so dekatlah. sepatutnya pergi balik sekolah pukul 6 petang, tapi macam lah korang tak tahu kalau perempuan dah masuk bilik air, satu jam takkan cukup untuk kaum2 hawa. dalam pukul 6. 35 petang barulah kami bergerak ke sekolah balik. kitaorang semua berkumpul kat kantin.

kat kantin, memasing pose handphone *handphone mahal* syara, sembunyi2 handphone sbb murah jek. seperti biasa syara mmg suka buka facebook. Lepastu buka fb cgu suruh kitaorang bagi senarai nama. Kalau   korang bawa fone pegi sekolah mestilah ada agenda dengan besties korang kan. Nak amik gambarlah, bluetooth lagu lah, bukak fblah, bukak twitter lah.*yg fb n twitter tu syara* tapi cikgu cakap,

"Handphone awak biar cikgu yang pegang, kalau saya tahu awak tak bagi saya, pastu totetotet, saya rampas dan takkan pulangkan smpai bila-bila"

Ayat seram nih. kantin dh bising. mengeluh memasing nak bagi handphone rosak segala rancangan. Syara ingat nak sorokkan daripada cikgu, tetiba cikgu cakap :

"Kalau awak sorokkan lepastu saya bongkar beg awak, kalau saya jumpa, saya rampas"

R.A.M.P.A.S. siapa sukakan dengar perkataan tu, so dengan berat hati, berat tangan kireorg bagilah handphone. lepas cgu amik handphone, cikgu suruh kitaorang makan and lepastu kitaorang pergilah Masjid Jamek Bandar Baru Uda. lepas kitaorang dh smpai, syara terus letak beg yg kembung mcm nak lari rumah kat bilik bawah :)

Lepastu, syara n kwn2 syara amik telekung n terus solat mahgrib.sejuk je dlm masjid tu, yelah ada aircond kan. lepas solat mahgrib, jemaah yg selalu solat kat situ buat solat sunat lepas solat mahgrib :) jemaah kat situ peramah sangat. Syara cium tangan jemaah kat situ . ada yg siap cium2 syara. Memang best. Mula2 rasa terpaksa akhirnya syara mengalah, syara ubah niat, pergi kerana Allah.

Lepas solat kitaorang buat bacaan Yassin. Lepas bacaan Yassin solat isyak dan buat solat hajat. Lepas solat hajat, kitaorang makan dengan jemaah masjid. tempat memang padat n mampat. memang tak nafikan tapi makcik2 kat situ tunjukkan kat kitaorang mana ada tmpat kosong. Syara memang suka makan reramai. makan kat dulang, share2. rasa kenyang, tolak nasi kat orang lain. memang biasa lah tu :)

Makan memang benda yg paling best. Next, Kitaorang kena pergi dengar ceramah. Imam Hambali tak silap namanya. Kelakar. kitaorang tak habis2 berdekak je. Dh habis ceramah , kiatorg ada minum malam pula. dh lepas mkn, makan lagik. Aduhai. Memang tahu2 je yg syara suka makan.

Lelaki tidur kat tingkat atas, n perempuan tidur kat bilik bawah n berkunci. Pukul 11 malam, pelajar perempuan masih tak tidur, masing-masing masih nak gossip2. dh pukul 3 pagi, masih ada yg tak tido. syara dh berpeluk dengan Izzati sbb menggigil. Syara menggigil satu badan. naik pucat muka. Pukul 4, cikgu kejut, bila cikgu kejut. masing2 nak tidur. syara masa masuk tandas. hmm tak boleh nk gmbarkan. air kecik mmg dugaan pepagi. lepas amik wudhuk terus solat tahyatul masjid n niat iktikaf. lepas bacaan yassin cikgu suruh kitaorang buat solat sunat sendiri-sendiri.

nak dekat subuh tu, baru buat solat sunat berjemaah. ni pasal solat subuh pulak, surah yang Imam tu baca agak panjang. Syara dh tergoyang2 mcm orang x ade tulang. lepas solat subuh kitaorang tukar baju, kemas2 beg, lepas kemas beg ada cermah daripada Imam hambali lagi. Cara dia bercakap mungkin berbeza dengan masa kali petama syara jumpa dia.

Makan time!! lepas makan semua boleh balik n amik handphone kesayangan :) ha lega rasa hati ni. Qiam is the best. ini mungkin kali pertama n kali terakhir syara dpt pergi qiam. but this is the best things yg syara lalui sekarang. sekarang susah nak cari tempat yg mungkin kita rasa macam satu family yang saling memerlukan :)

okey sekian thanks sudi baca :)

2 comments:

IDAYUIBRAHIM said...

hhuhuhh sampai tuala yang kiter bg pon x leyh nk hilangkan gigil awk tuh..smpai dua tuala awk pakai

Syaaa said...

tu lah kan. kite mmg tak tahan sejuk, panas sgt x boleh, sejuk sgt pun x boleh. gedikss~~