skip to main |
skip to sidebar
Tips Cara Penulisan Yang Terbaik
Assalammualaikum and Annyeonghaseyo
AUTOPUBLISH UNTUK PMR
Hari entry ini dipublishkan merupakan hari pertama syara akan menduduki PMR. Kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 dengan Agama. Doakan Syara ye. Hari ni syara nak share sikit cara penulisan yang terbaik untuk blogger2 macam kita ni :)
1. Saiz Font
Saiz font janganlah terlalu kecil ataupun terlalu besar. Ye memang kecil tu comel. Tapi tak ada maknanya comel kalau tulisan tu kecil macam kuman. Untuk saiz font yang besar juga tak bagus sebab pening orang baca besar sangat. Pakailah saiz font normal. Dah mencukupi.
Contoh Kecil : Sila Baca
Contoh Besar : Sila Baca
2. Jenis font
Kalau saiz font okay tapi jenis font tak okay tak boleh jugak. bukan tak boleh nak tukar font. Boleh, tukarlah tapi, pastikan font yang korang nak pilih tu tak berangkai atau susah untuk dibaca. Kalau korang pun mesti bengangkan. Pilih font arial, georgia,verdana dan dll .
Contoh font yang tak digalakkan : Sila Baca , Sila Baca
3. Short form
Short form mmg biasa digunakan sebab nak menjimatkan waktu menaip atau memang korang dah selesa. Short form boleh tapi hanya untuk perkataan yang umum atau orang akan faham bila dia baca blog kita. Yang muda mungkin faham. Habis macam mana kalau orang yang kurang tahu tentang short form ni. Jangan sampai perkataan yang tak boleh di shortformkan korang nak shortformkan .
Contoh shortform yang okay : yg , awk
Contoh shortform yang KO : sy sbnarnya ske awk
4. Pengunaan bahasa rempit
Syew sukew angt dwengn bwlog nie. Dey, macha! Nilah perosak bahasa. Elakkan , sorry bukan elakkan tapi diharamkan pakai bahasa rempit ni. Korang melayu bukan alien. Kalau cara penulisan kita tak betul, jangan nak harapkan follower dan reader yang banyak.
Contoh : Euww, bosannyew kitew harie nie ^^
5. Guna nombor
Gunakan keypad korang sepenuhnya. Tak perlu korang nak menaip pakai nombor melainkan korang taip entry guna kalkulator. Orang takkan faham. Elakkan sama sekali. Faham?
Contoh : 51L4 34C4
Maaflah kalau korang tak boleh terima pandangan syara. Belajarlah kalau tak tahu. Jangan menjadi manusia yang bodoh sombong. Oranga yang bodoh sombong adalah orang yang paling rugi dan asyik sibuk mencari kesalahan orang lain daripada mencari kesalahan diri. Tak pe kita silap sekarang, tapi bila kita dah betul, orang akan perasan perubahan kita. Masa tu kita akan sedar yang kita dah maju selangkah kepada arah yang lebih baik :)
Thanks ^^
2 comments:
gud lark ye dik . do ur best taw :)
Nice sharing sis ! :D Good luck btw ♥
Post a Comment