Review Korean Product

Assalammualaikum and Annyeonghaseyo

Tornei-me insano | via Tumblr

Syara hari ni mau review sikit product yang syara beli. Dah lama beli tapi baru mahu review. Syara beli 10 samples korean product. Syara akan review satu-satu ye. Syara beli dengan harga RM 60 (2 Set) .Syara puas hati dengan product ni. Lupa nak bagi tahu, ni product Etude House tapi syara beli di Fabuloos Korean Cosmetics


Etude House Blooming Wash Off Gel

I'm Blooming Wash Gel adalah 100% menggunakan bahan organik dan semulajadi diperbuat daripada ekstrak bunga. Product ni boleh menyebabkan muka korang rasa blooming and fresh pun ada bila lepas syara pakai. Muka korang menjadi kemerah-merah berseri.

Product ini adalah pembersih gel yang mengandungi manik-manik halus. Pada mulanya syara pun tak perasaan tapi bila syara dah pakai, baru syara perasaan yang ada manik-manik dekat gel ni. Pada pendapat syara product ni okay untuk syara sebab as srudent biasalah kalau balik sekolah muka berminyaklah atau berhabuk disebabkan pencemaran sekarang ni, once syara pakai. Banyak perubahan yang syara rasa. 



Etude House Know Your Body Soft Cream Scrub

Etude House Know Your Body Soft Cream Scrub adalah gabungan daripada enam ekstrak herba iaitu Lavender, Chamomile, Asiatic Pennywort, Althaea Officianalis, Lemon Merbena, Aloe. Cream ni akan menanggalkan segala dullness yang ada di badan korang. Cream ini akan melicinkan korang juga. 

Walaupun mempunyai tekstur yang agak tebal tetapi ianya mudah merebak lagi-lagi kalau pada kulit yang lembap. Seriusly syara suka sangat bau cream ni dan colour yang menarik. Walaupun warna kulit masih sama macam dulu, syara dapat rasakan yang kulit syara lebih lembut.


Etude House Milk Talk Bodywash


Etude House Milk Bodywash  adalah moisturizing mencuci badan yang kaya dengan buih,tekstur dan bau yang sangat wangi. Satu lagi, kulit korang akan licin macam kulit bayi.  Ekstrak susu menjadikan badan lembap dan bau manis yang membuatkan rasa lebih baik. 

Lepas cuba sample ni, syara terus beli yang real punya bukan trial or sample pack. Memang puas sangat pakai sabun ni sebab bau dia boleh tahan lebih kurang 2 jam untuk seorang pelajar macam syara yang sememangnya sentiasa berpeluh. Korang tak perlukan perfume lepas ni , sebab sabun ni dah wangi. Kucing syara pun suka bau sabun ni. Dia mandi pun nak pakai sabun ni tau. Ada empat pilihan warna dan bau. Strawberi , pisang , susu , dan coklat.


Etude House Nymph Aura Volume


Etude House Nymph Aura Volume adalah pilihan yang paling tepat bagi sesiapa yang nak nampak glowing macam artis korea. Bau yang sangat wangi tapi okaylah bagi syara . Even strong jugak bau dia. Product ni boleh campur dengan BB cream or CC cream. In Sha Allah nampaklah glowing-glowing yang korang nak tu. Muhehe.

Ianya akan menaikkan seri wajah dan wajah kelihatan berseri-seri. Product ni akan membuatkan korang cantik dalam gambar tanpa perlu sibuk-sibuk edit untuk tutup segala cela di wajah. Product ni menyerap ke kulit dengan baik. Korang mesti puas hati.


Etude House Baking Powder B.B Deep Cleansing Foam



Etude House Baking Powder B.B Deep Cleansing Foam adalah 100% daripada bahan asli dan warna yang asli. Product ini sangat sesuai dijadikan BB cream removal. Daripada muka korang yang kotor disebabkan seharian pakai BB , product ni akan selesaikan masalah korang. Ianya mempunyai manik-manik kecil dan tidak terlalu kasar untuk muka lagi-lagi untuk wajah yang sensitif.

Baking Powder ini jugak senang berbuih. Kalau korang gosok product ini lebih lama pada kulit yang lembap, buih akan mulai keluar dan tekstur yang pekat akan kelihatan. Selain daripada itu, kulit korang akan menjadi lebih halus dan mulus and totally kulit berminyak hilang sebab setiap kali syara pakai BB cream mesti muka berminyak, jadi bila basuh dengan product ni , BB cream hilang plus dengan minyak di muka.



Etude House Precious BB Cream Cotton Fit

Etude House Precious BB Cream Cotton Fit menjadikan kulit korang cerah seperti mutiara. Ianya juga akan menyebabkan kulit yang terang dan licin seperti kapas. Baunya jugak bagus membuatkan syara rasa fresh je bila pakai. Ia juga mudah apabila dicampurkan untuk proses menyolek. Jadi tak adalah ambil masa berjam-jam untuk bersolek.

BB cream ini jugak free oil. Korang takkan dapat detect minyak. BB Cream ini boleh bertahan lebih kurang 5-6 jam untuk sekali penggunaan. Ini jugak bagus sebab product ni anti wrinkle, anti darkening dan SPF 30 PA++ . Untuk kulit kering pun sesuai.

Etude House Precious BB Cream Bright Fit




Etude House Precious BB Cream Bright Fit sama juga functionnya sama dengan Cotton Fit tetapi syara lebih prefer dengan product ni berbanding Cotton Fit. Muka korang akan kelihatan lebih berembun dan berkilau selepas menggunakannya. Ianya sangat ringan dan mudah dicampurkan.

Ia tidak meninggalkan rasa melekit pada muka dan mempunyai bau yang wangi. Rasanya muka ni ringan je. Ianya tidak kelihatan berat dan tebal. Product ini akan menampakkan warna natural.


Etude House Collagen Moistfull Eye Cream




Etude House Collagen Moistfull Eye Cream adalah untuk penjagaan mata yang mempunyai bau yang wangi tetapi tidak keterlaluan. Hanya baik untuk segar. Bila syara apply product ni bawah mata, syara tak rasa berat or tebal. 

Syara rasa macam syara pakai pelembap. Mata syara segar gila. Ianya menyerap cepat ke dalam kulit. Product ini rasanya lebih jeli dan tekstur yang lembut. Rasanya seperti korang apply air bawah mata. Fresh ^^

Etude House Collagen Moistfull Cream


Etude House Collagen Moistfull Cream adalah krim yang memang paling syara suka because what ianya tak berkrim dan tidak berminyak. Ia mempunyai konsisten sempurna. Product ni absorb ke kulit dengan baik dan menyebabkan kulit licin seperti sutera. 

Product ni agak melekit tetapi syara rasa segar je bila pakai cream ni. Baunya sangat best dan macam bau citrus. Tetapi untuk masa akan datang, bau akan hilang. Bau tak penting yang penting kesannya.

Etude House Sweet Recipe Baby Choux Base

Etude House Resipi Sweet Baby Choux Base adalah tempat kulit membetulkan berkrim yang menyempurnakan rupa mana-mana krim BB.

 Ia menyerap dengan cepat dan meninggalkan kulit rasa terhidrat dan lembut dengan kemasan licin seperti sutera. Asas ini datang dalam tiga warna yang berbeza untuk memenuhi keperluan semua warna kulit.


Hehe. Harap cukuplah ye review pasal ni :)

2 comments:

Murni Amir said...

wow rasa macam best n nak try pulak bila baca review semua produk ni . . macam best je . hee .

Nurazlan Azmi said...

bestnya...lelaki macam alan boleh guna jugak ke???