- Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiyai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.
- Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal daripada Johor.
- penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang merupakan orang Johor.
- Orang johor ada dialek tersendiri. Kalau selimut dipanggil gebor. Kalau almari dipanggil gerobok atau gobok.Kalau makanan ringan dipanggil jajan.
- Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'eekk' di belakang ayat.
- Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya : "Orang nak pergi makan." walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.
- Orang Muar pulak ada cara speaking yang tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.
- Huruf 'R' seperti silent untuk orang johor jika huruf R dibelakang kerana orang johor takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO. Bukan MUAR tapi MUO.
- Orang johor jugak akan menukarkan perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O' contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak .
- Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bukan KITA tapi KITE. Perkataan yang ditambah huruf 'E' dan dibuang huruf 'A' juga terkenal dengan panggilan 'bahasa pasar'.
- Johor Johor sebut menguap tu sebagai sangap
- Orang Johor sebut berdating tu sebagai berendut.
- Bila orang muar kata nak pergi Johor, maknanya dia nak pergi Johor Bahru a.k.a JB.
- Negeri Johor ialah negeri terakhir yang mendapat Residen.
- telur pindang adalah makanan orang Johor ^^
Haha. amacam? korang ada entry yang ceritakan kelebihan n keistimewaan negeri korang? kalau ada, apa kata korang share dengan syara? nak kenal jugak pasal negeri korang. Do comment :)
Thanks :)
hhaaha, nice entry :) betul sgt la tu :)
ReplyDelete@Zinnia Z A haha. thanks :)
ReplyDelete